Isnin, 2 Februari 2009

KENANGAN DEBAT TEBUKA ASTA


      Coretan debat ASTA di UM meninggalkan seribu kenangan manis dan sedih. Biasalah adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Pun begitu, kekalahan bukan bererti kegagalan untuk selamanya. Aku yakin dan percaya bahawa junior-junior UPSI mampu melebarkan sayap dalam arena perdebatan yang sememangnya menjadi idaman dan kegilaan. Seharum kasih buat team UPSI A (abg kaza, kak nadia dan kak shida) kerana dapat menerima aku seadanya walaupun aku tidak berbakti. Buat team UPSI A dan UPSI B ( baie, kak syira, kak mini dan hafiz) tahniah… kerana layak octo final dan suku akhir.

       Buat Ain, Aini, Abu, Fawiz dan Suhaimi (aku) buat yang terbaik. Insyaallah, kita akan melangkah ke arena debat yang mencabar ini. Usah kita kecewa dan jangan kita bersedih dengan kekurangan yang ada. Bergandinglah kita untuk memantapkan lagi seni perdebatan di universiti. Kegagalan tidak berakhir dengan kegagalan jika kita berubah.

         Seniorku sayang…Abg Din, Abg Datu, Abg Indra, Abg Johan, Abg Hairi, Abg Faiz, Kak Matun, Kak Bib dan Kak Nadia, terima kasih kerana banyak membantu aku dalam dunia debat yang sememangnya aku minat. Ajaran kalian akan aku kenang selamanya. Tanpa kalian, aku tidak mengetahui apa erti dunia debat (sedih..).

         Sebelum terlupa, buat Kak Yana, runner untuk team UPSI A. terima kasih sebab layan kita orang dengan cara yang baik. Kami tahu, kami nakal.



 


1 ulasan:

ChE YaYA berkata...

korang mmg nakal!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails