Kepala ku pusing-pusing. Tekak ku kering-kering. Kenapa? Kudrat ku sudah ku kuatkan. Tapi aku masih lagi merasa kesakitan. Hari ini, sakit kepala ku semakin memuncak. ku biarkan sahaja. Namun, semakin ku biar semakin melarat. Sakit kepala ku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin, sakit kepala ku yang amat sangat kembali lagi. Ya, masih ku ingat pada tahun 2005, migrain ku memuncak. Tika itu, belajar, makan dan minum tiada berselera.
Ya, Allah. Pada mu ku pohon agar kudiberi kekuatan dan kekentalan. Hanya padaMu ku bergantung harap dan pertolongan. Moga dengan kudrat yang ada pada hari esok, mampu ku ke kuliah dan berkhemah di Klumpang. Aku masih kuat dan gagah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan