Isnin, 13 April 2009

Mawar





Mawar Merah : Khas aku hadiahkan buat insan yang menyayangi daku. Berkorban demi kehidupan ku. 17 tahun tanpa kasih sayang seorang bapa setelah berpisah...kau membesarkan kami dengan titik peluh mu. Aku tahu, kau wanita yang kuat dan gagah. Tanpa sandaran lelaki, kau masih lagi bertahan membela nasib anak-anak mu. Dengan tulang empat kerat mu, kau bertani dan bersekang mata hingga ke pagi mencari rezeki.  Siang kau bertani dan dinihari kau ke pasar borong untuk menjual. Melihat kudrat mu ibarat lelaki, aku tekad membela nasib mu nanti. Biarpun aku tahu kau tidak pernah meminta balasannya. Buat ibu ku, Ngah Binti Jusuh. Kau pembimbing dan kekuatan dalam hidup ku. Kekuatan dan ketabahan mu membuatkan aku sedar tentang erti kesusahan dan keperitan.
   

Mawar Putih : Jika benar cinta itu suci, tunjukkanlah kehebatannya. Bisa aku katakan pengorbanan abang ku dan kak ku seputih dan seharum mawar putih. Tika ku membesar, mereka berkorban masa dan waktu menjaga ku. Walaupun mereka masih lagi bersekolah, mereka tetap menjaga ku seadanya. Mereka memandikan, merawat, menjaga, menyayangi dan memberiku sepenuh kasih sayang. Jika abang ku seorang yang ceria, berlainan kak ku yang garang. Segala tingkah laku dan perbuatan ku dijaga dan dikawal. Atas keceriaan dan kegarangan abang dan kakak ku, semangat ku kini tidak mudah luntur dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Terima kasih abang ku Mohd Ropina Bin A Rahman dan Kakak ku Ruzita Binti A Rahman.


Mawar Merah Jambu : Ku titipkan kepada satu-satunya adik ku, Siti Rahayu Binti A Rahman. Sememangnya, kita selalu bergaduh dan bertengkar. Mungkin ku cemburu dengan layanan abang dan kakak ku terhadap mu. Tapi, mula ku sedari bila mana ibu berkata : Sudah banyak kelebihan dan perhatian diberikan kepada ku berbanding adik mu. Kini aku memahami, kerana diberi perhatian, aku manjadi cemburu. Kini ku sedar, makin kita kejauhan makin ku rasa menyayangi kau adik ku....


Mawar Kuning : Walaupun kita tidak membesar bersama dan berjauhan. Kau adalah kakak dan abang ku yang amat ku sayangi. Ingatlah..carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Pernah kita bergaduh sehingga dileraikan oleh ibu. Tapi, semakin ku menginjak dewasa, makin ku memahami erti keeratan adik dan abang/kakak. Buat kakak ku, Rosnani Binti A Rahman dan abang ku, Mohd Ridzuan Bin A Rahman...aku menyayangi kalian.



Mawar Ungu : Kita berlainan ibu tetapi sebapa. Tapi ingatlah...Ucop dan Wa, abang Mie menyayangi kalian berdua. Sesungguhnya, tiada perbezaan di antara kita. Kamu berdua ibarat mawar ungu yang berbeda warna tetapi tetap mewangi seperti mawar merah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails