Rabu, 29 April 2009

Stress...ini carenye.

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...



ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up
dari atas ke bawah
tarik nafasnya...
Fuhhh...lega beb !!!



tiru la macam ni...
bukak ketiak mu yang ala wangi itu
untuk melegakan bahu dan leher...
ahaks !!!



wa..wa.. aaa
sikit gaya ultraman
dan 
tarzan
hohohohoho !!!
tanda ati gumbira la...



gerak kekanan kemudian ke kiri.
selembut mungkin...
no...no...bukan jadi cam dek non



lepas tu...
gerak ke kiri kemudian ke kanan
cam step tadi gak...



tunduk skit... pusing kepala semampu mungkin
rase terer pusing kepala tu sampai 360 darjah...



ketuk dahi mu dengan cara yang kuat...
ketuk ngan kayu atau bende keras lagi bagus
ni untuk hilang mengantuk...



dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masalah...



buat secara aggresive  pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
ala-ala sewel 
cam putus cinta...



hilangkan semua stress...
dan 
kuarkan bau badan mu
mmmmm...
wangi !!!



pusingkan kepala...
buat bodoh je...




tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...



akhir sekali
buat joget kucing
dan 
unta ngah syok bercinta...


ahaks !!! 

SELAMAT MENCUBA

untuk ilangkan stress time exam...

senaman ini aku ambik dari tagged kawan ku

namanya azie dak usm


Ndak boleh tido



uikk
dah kul 2.05 pagi
sih lagi ngadap laptop !!!

dah lah2
esk pekse
ishhh...ishhh
teruk nieh
falsafah lak 2
kul 9.00 pagi

ahakz !!!
padan muka ko 
suhaimi



huhuhu...bestnye tido. tap xngantuk


dah cuba bnyk care nak suh ngantuk
terutamanya gaya abu wehh
baca
buku ilmiah
note falsafah
note sejarah malaysia
dan
note sejarah asia barat
konon-konon sajak

abu konye
tektik
xberkesan
dan 
xade kesan
lagi segar nieh
mata aku nieh
huhuhuhuhu



mata dah merah cam lalat...siap bengkak lagi

tolun lah mata
ttp lah
wehhh mata
kesianlah 
kat konye tuan nieh
cam xlarat dah
ahakz
kejap lagi leh sewel 

Sekian
cerita ku dipagi buta
+
pagi sunyi
sunyi la sangat
kuo nieh

sudah2
tutup laptop muhhh


Ahad, 26 April 2009

Tarian Hawaii



Buinos diez atau selamat pagi...entri aku kali ini berkaitan dengan manusia luar biasa. Opss...luar biasakah mereka ??? Mungkin la...
ape ye??? klo dalam bhs ganu "benda gape gok?"


mmmmmm...
perlu ke ckp nieh
malu oooooo...
boleh lahhhhhh
xketerlaluan kan ???


lelaki VS pompuan
bukan2 !!!
aku xnak citer bende nieh
biasa je 2


yang nieh
heheheheheehehe
Tomboi VS Pondan
ok x???


ok la mungkin
sekadar cerita
dan 
tauladan


Apa kamooo semua rasa 
tentang 
si tomboi
dan 
apa kamoo rasa 
tentang 
si pondan



mereka xmeminta dijadikan sebegitu

Maybe
kamoo semua boleh time mereka seadanya
tapi 
bagi kamo yang berfikiran sebaliknya
camne ekk???
pening lak nak pikir...
lu pikir lah sendiri

xboleh2...
aku nak citer jg benda nieh
penting untuk aku dan kamoo semua...

ok2...
sambung balik...
hakikatnya
aku rasa lah
ramai yang sisihkan mereka
dan hakikatnya juga
mungkin
mereka cuba berubah


tapi 
aku dan kamoo semua 
mungkin 
mempersoalkan perkara ini...


apa???


itu...itu lah
ishhh...


"boleh ke mereka berubah
cam xpercaye je kan
mustahil kot
atau 
sekadar cakap sahaja
tapi 
xkan berubah
tarian gasar dan tarian hawaii mereka"


keayuan mu selembut wanita asli atau lagi lembut

Tapi
aku respect
kepada mereka yang menerima golongan ini
dan 
aku yakin wooo...
kamoo semua
xsisihkan mereka
kerna
mereka juga rakan dan sahabat kita


tq untuk pagi ini

Jumaat, 24 April 2009

Luahan rasa hati




kenapa kita bermulut lacang

ingat 
bukan semua gurauan dapat diterima
termasukklah
sentap menyentap

memang ada manusia sonok time menyentap
tapi 
tak pikir ke orang yang kene sentap



baikkah sorang wanita bermulut lacang 


cuba pikir
mungkin ada yang boleh terima
atau
mungkin tak boleh

rasanya
ada orang yang menyentap happy dapat kepuasan
yelahhhh dapat menyentap
nak-nak bila orang disentap buat tak tahu
malah
yang disentap sama-sama gelak dan senyum

sedarkah kamoo
kata-kata lebih bisa dari perbuatan
dan
dengan kata-kata orang boleh marah
dan
terus marah 
dan 
sangat marah



kata-kata boleh menguriskan hati sahabat

ingat 
kemarahan ada batasnya
kalau benda itu dipendam
besar macam belon
dan
terus pecah
mahukah kamoo


memang
ada yang marah sekejap sahaja
tapi
kalau yang simpan dalam ati
bagaimana

aku rasa la
orang yang menyentap tak punya perasaan
tahukah dia
yang kena sentap menangis
yang kena sentap pendam
yang kena sentap tak mahu besar-besarkan benda tu



adakah orang yang diam tidak ada perasaan atau tiada hati

mungkin hobi
atau 
tabiat
tapi
bolehkah mereka nieh berubah
mungkin
atau 
mustahil
ataupun
tua baru sedar

pesanan
manusia nieh berbeza
ada yang boleh terima sentap
dan
ada tidak boleh

ada yang boleh lupa 
tapi 
ada yang tidak boleh lupa
hingga
tidak boleh tido
dan mengganggu tido

mereka yang suka menyentap
tido lenakah
seronokkah
happykah
lawakkah
atau
apa-apa saja yang berkaitan dengan kegiangan menyentap

sedarlah
memang menyentap itu best
dapat kenakan orang
malukan orang
siniskan orang
perlekehkan orang

tapi
kalu sentap itu terpalit
pada kamoo
macam mana
gelak
ketawa
marah
buat tak tahu
biasa saja
dan sebagainya


Ahad, 19 April 2009

Sedihnya aku !!!


Aku semakin lemah...makin choi !!! 

Senget dan begong je !!!

SEDIH sangat !!!

Tapi tentang apa ???



...Debat...



Aku masih lagi seperti dulu !!!

Hampeh...Lempih !!!

Tak ada peubahan tapi makin buruk !!!


Aduh Suhaimi !!!

Ko mesti berubah...jangan malas-malas !!!

Kaji struktur debat tu dengan sebaiknya !!!

Jangan perasan hebat !!!

Wawawawawawawawawa !!!

nak nangis...kecewa dan sedih sangat malam nieh !!!

Ishhhhhhhhhh...jangan nangis Suhaimi...

ko tu lelaki sejati bukan dek Non !!!


Aikkkk !!!! no...no...no...Suhaimi  ko bukan separuh lelaki tetapi lelaki

Ingat tu !!!




Tengok....muka ku yang sedih. Kecewa nak mampus !!!



Semoga hari mendatang aku lagi rajin berusaha untuk baiki aspek debat ku

Tak nak sedih-sedih !!!

Mungkin aku tak berusaha bersungguh-sungguh dan malas


Jadi 

Usaha-usaha !!!

caiyok2 !!!

Hidup baru...debat pun nak buat ala baru gak !!!

kehkehkekeh 


p/s : Tahniah diucapkan kepada Abg din, Abg Johan, Abg Hairi, Kak Bib, Kak Matun Baihaqie, dan  Abu yang akan mewakili UPSI dalam pertandingan debat Integriti di UITM.

...titik sudah...


Khamis, 16 April 2009

Cinta Si labi-Labi


Aku jatuh Cinta !!!! seronoknya layan perasaan Cinta.
Tapi...dia nak ke kat aku ??? dah la xensem...xde rupe dan xcute...


........Arrrrrrhhhhhhhhhhhh.......


xkira-kira...aku nak dia Jugak !!!
boleh xkawan2 ku, tolong aku???
kesian aku...
sebab aku dah Jatuh cinta dan dilamun Cinta..
dengan kekiutan dan kelawaan die....

  muka ku dilamun cinta.....mmmmmmmmmm.....kekasihku......jiwa raga ku....hidup matiku.......
inilah aku....sudi ke si cantik manis yang aku idamkan...terima aku... Tolong???



Isnin, 13 April 2009

Mawar





Mawar Merah : Khas aku hadiahkan buat insan yang menyayangi daku. Berkorban demi kehidupan ku. 17 tahun tanpa kasih sayang seorang bapa setelah berpisah...kau membesarkan kami dengan titik peluh mu. Aku tahu, kau wanita yang kuat dan gagah. Tanpa sandaran lelaki, kau masih lagi bertahan membela nasib anak-anak mu. Dengan tulang empat kerat mu, kau bertani dan bersekang mata hingga ke pagi mencari rezeki.  Siang kau bertani dan dinihari kau ke pasar borong untuk menjual. Melihat kudrat mu ibarat lelaki, aku tekad membela nasib mu nanti. Biarpun aku tahu kau tidak pernah meminta balasannya. Buat ibu ku, Ngah Binti Jusuh. Kau pembimbing dan kekuatan dalam hidup ku. Kekuatan dan ketabahan mu membuatkan aku sedar tentang erti kesusahan dan keperitan.
   

Mawar Putih : Jika benar cinta itu suci, tunjukkanlah kehebatannya. Bisa aku katakan pengorbanan abang ku dan kak ku seputih dan seharum mawar putih. Tika ku membesar, mereka berkorban masa dan waktu menjaga ku. Walaupun mereka masih lagi bersekolah, mereka tetap menjaga ku seadanya. Mereka memandikan, merawat, menjaga, menyayangi dan memberiku sepenuh kasih sayang. Jika abang ku seorang yang ceria, berlainan kak ku yang garang. Segala tingkah laku dan perbuatan ku dijaga dan dikawal. Atas keceriaan dan kegarangan abang dan kakak ku, semangat ku kini tidak mudah luntur dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Terima kasih abang ku Mohd Ropina Bin A Rahman dan Kakak ku Ruzita Binti A Rahman.


Mawar Merah Jambu : Ku titipkan kepada satu-satunya adik ku, Siti Rahayu Binti A Rahman. Sememangnya, kita selalu bergaduh dan bertengkar. Mungkin ku cemburu dengan layanan abang dan kakak ku terhadap mu. Tapi, mula ku sedari bila mana ibu berkata : Sudah banyak kelebihan dan perhatian diberikan kepada ku berbanding adik mu. Kini aku memahami, kerana diberi perhatian, aku manjadi cemburu. Kini ku sedar, makin kita kejauhan makin ku rasa menyayangi kau adik ku....


Mawar Kuning : Walaupun kita tidak membesar bersama dan berjauhan. Kau adalah kakak dan abang ku yang amat ku sayangi. Ingatlah..carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Pernah kita bergaduh sehingga dileraikan oleh ibu. Tapi, semakin ku menginjak dewasa, makin ku memahami erti keeratan adik dan abang/kakak. Buat kakak ku, Rosnani Binti A Rahman dan abang ku, Mohd Ridzuan Bin A Rahman...aku menyayangi kalian.



Mawar Ungu : Kita berlainan ibu tetapi sebapa. Tapi ingatlah...Ucop dan Wa, abang Mie menyayangi kalian berdua. Sesungguhnya, tiada perbezaan di antara kita. Kamu berdua ibarat mawar ungu yang berbeda warna tetapi tetap mewangi seperti mawar merah.

Ahad, 12 April 2009

Adik non dan mak ahyam...


Adik NON dan Mak AYAM...Apa itu? Nama orang atau gelaran? Aku bingung dan pening memikirkannya. Perlukah aku fikirkan dan memikirkan? Perlu dan sesangat perlu... Adik Non, lelaki atau perempuan? Mak Ayam, lelaki atau perempuan? Persoalan demi persoalan menerjah dalam pemikiran aku...Kekusutan bermula apabila aku diperkenalkan dengan adik Non dan Mak Ayam..Mak Ayam dan Adik Non..Siapa mereka?

KENALKAH KAMU INI SIAPA? ADIK NON ATAU MAK AYAM?



Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa...tetapi, alangkah baiknya mereka berubah. Kita percaya generasi kita, generasi cemerlang. Kenapa Adik Non dan Mak Ayam jadi pilihan...Kalau benarlah Adik Non dan Mak Ayam cakap...bukan kehendak mereka hendak begini..jadi berubahlah demi menjaga maruah dan pandangan masyarakat.

Sabtu, 11 April 2009

Seceria mana kita


seceria mana kita...
mesti ada kesedihan.
seceria mana kita...
mesti ada kedukaan.
seceria mana kita...
mesti ada kesulitan.
seceria mana kita...
mesti ada kesusahan.
seceria mana kita...
mesti ada kekhilafan.
seceria mana kita...
mesti ada kekesalan.

seceria mana kita
OranG laiN takkan Tahu
apa Yang kita perlukan
dan Impikan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails