Salam...entry aku kali ini berkaitan dengan senior debatku yang sememang gempak dan hebat. semoga apa yang aku impikan pada hari ini, esok dan hari-hari kemudian menjadi kenyataan.
Dalam kalangan mereka ini, banyak yang mengajar aku tentang dunia debat yang sememangnya aku minati. Aku berharap minat ku tidak terus terkubur walaupun banyak sudah pengalaman manis dan pahit aku tempuhi. Semoga cita-citaku menjadi pendebat yang hebat seperti Kak Bieb dan Abg Din tercapai dan mampu digapai. Yang jelas kini, aku sudah bersedia meminati dan mendalami segala ilmu debat yang aku cintai. Tidak dinafikan lagi, keringat senior-senior debat menyebabkan aku perlu berusaha lebih baik dalam dunia debat. Aku tidak mahu menghampakan harapan senior yang ingin melihat adik-adik junior terus cemerlang, gemilang dan tebilang dalam dunia debat.
ABG DIN
Ini kamaruddin. Aku panggilnye abg din. sememangnya dia banyak mengajar aku tentang dunia debat. Malah, abg din banyak membantu aku ketika aku merasakan diri ini tidak layak berada dalam dunia debat. papapun thank u...banyak jasa mu pada ku.
KAK BIB
gadis kecik molek ini, aku panggilnya kak bib. yang ni memang bab menyentap sememangnya power. Tapi, banyak betul dia mengajar dan membimbing aku dalam menjadi pendebat yang baik. aku bersyukur mendapat kak bib, sebagai senior yang kuat mengajar tentang kemahiran dan komunikasi ku dalam dunia debat. time kasih banyak2.
BAIHAQIE
Baihaqie. lelaki yang mula-mula aku digandingkan dalam pertandingan debat BPR 2008. tapi esok nak lawan, dia buang aku dalam team. sedinya. tapi pepapun pembuangan aku daripada team tersebut menyedarkan aku agar lebih berusaha dan gagah dalam menghadapi dunia debat.
kak syira, gadis montel ini merupakan senior yan pertama membawa aku kedalam dunia debat. bermula daripada bengkel debat sehinggalah debat BPR. aku mula belajar bertatih dan merangkak dalam dunia debat atas ajaran dia. time kasih ya kak syira.
1 ulasan:
teruskan berusaha..
usaha tangga kejayaan..
semoga dapat menjadi pendebat yang disegani satu hari nnti..insyaALLAH..
Catat Ulasan