Dewasa ini, kita melihat keadaan sebenar generasi belia pewaris bangsa. Banyak cerca merbanya. Pun begitu, sebagai warganegara yang berfikiran terbuka dan terpelajar, harus kita ketahui bahawa segala kebejatan sosial dalam kalangan belia merupakan cabaran dan halangan dalam merealisasikan negara maju pada tahun 2020.
Memang tidak dinafikan bahawa pelbagai langkah dan program dijalankan oleh kerajaan untuk melahirkan belia cemerlang, gemilang dan terbilang. Contohnya, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997. Tujuannya dasar ini digubal disebabkan oleh golongan ini sememangnya menjadi nadi dan tiang kepada negara.
Persoalannya, bagaimana belia Malaysia mampu merealisasikan aspirasi negara sekiranya hiburan mutakhir ini dijadikan sandaran. Menyedihkan lagi, mereka sekadar berbangga dengan kemerdekaan yang sudah dikecapi oleh Malaysia selama 52 tahun. Sedangkan hari ini, mereka bukannya mengahargai keringat yang ditaburkan oleh golongan terdahulu sebaliknya imej negara terus dicalarkan dipersada antarabangsa.
Oleh itu, sedarlah bahawa belia merupakan watak utama dalam memajukan sesebuah bangsa dan negara. Andai belia kini kehilangan nilai-nilai murni, gaya kepimpinan, keterampilan dan berdaya saing maka keruntuhan negara ini boleh diibaratkan seperti kemusnahan empayar Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan