DeBAt Ku SayANg
Assalamuailaukum w.b.t
Sudah hampir 8 bulan aku menyertai kelab debat UPSI. Kenangan manis dan pahit sudah aku rasai dalam dunia debat. Jika menyingkap kembali mula-mula aku melangakah ke dunia debat ini, memang kelakar dan lawak...terutamanya semasa pemilihan pertama team junior royal. orang lain berdebat...aku pulak pidato. Tapi tak mengapalah, orang kata cuba yang terbaik. Sudah tidak ada rezeki agaknya, aku tidak terpilih. Masih teringat kata-kata abang Bad (huhuhu), "buang nada pidato" sebelum aku pulang dari Bengkel Debat. Namun, aku tidak kecewa walaupun tidak terpilih. Yang pasti aku perlu tingkatkan diri aku supaya aku lebih berkeyakinan dan mendalami ilmu debat di universiti. Maklumlah, tidak sama seperti di sekolah.
Agaknya rezeki aku, kak Syira gadis comel dan montel telah menelefon aku agar mengikuti pertandingan debat BPR. Seronok bukan kepalang aku. Tapi, aku diletakkan di dalam team senior (Baihaqie dan Adiey) pula. Ingatkan diletakkan dalam team junior ( Mustakim dan Norizan). Semasa latihan pertandingan debat BPR, stress, tertekan dan rasa bebal.. hehehe. Sebab aku tidak tahu apa yang nak dibuat dan macam mana hendak melaksanakan tugas sebagai perdana menteri ataupun ketua pembangkang kepada team senior. Dalam hati aku pernah berkata " dia orang nieh cam tak percayakan aku je". Walaupun hati berkata, aku tetap gagahkan diri untuk menjalankan latihan. Kisah dilanjutkan, sebelum pertandingan diadakan pada keesokan harinya di foyer Khar, aku telah dibuang team disebabkan aku tidak datang latihan di Bitara Siswa...salah aku juga, tidur!!!. Perkara itu aku ketahui semasa kak Syira telefon. Malam sebelum pertandingan itu, kak Syira arahkan aku ke bilik JMK KUO untuk pembentukkan team baru. Akhirnya, aku digandingkan dengan Norizan dan Mustakim.
Hati aku berkobar-kobar untuk mengalahkan team senior (terutamanya team Baihaqie). Pertandingan debat BPR bermula dengan team aku berjumpa dengan team Baihaqie. perlawanan yang sengit..huhuhu team aku menang!!!. Lepas itu, menentang team Razi, menang lagi, menentang pula team Kak Syira, hehehehe, menang juga...lepas menang tiga kali kalah pula dengan team Baihaqie n team Razi (separuh akhir). Kenangan manis semasa pertandingan BPR. Terima kasih kepada Baihaqie kerana menyedari aku daripada dilema.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan