Sabtu, 7 Mac 2009

Sayang


ibu
ayah
abang
kakak 
adik 
kawan baik
sesiapa sahaja
yang bernama insan
aku sayang kalian semua

Belia


Dewasa ini, kita melihat keadaan sebenar generasi belia pewaris bangsa. Banyak cerca merbanya. Pun begitu, sebagai warganegara yang berfikiran terbuka dan terpelajar, harus kita ketahui bahawa segala kebejatan sosial dalam kalangan belia merupakan cabaran dan halangan dalam merealisasikan negara maju pada tahun 2020.

Memang tidak dinafikan bahawa pelbagai langkah dan program dijalankan oleh kerajaan untuk melahirkan belia cemerlang, gemilang dan terbilang. Contohnya, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997. Tujuannya dasar ini digubal disebabkan oleh golongan ini sememangnya menjadi nadi dan tiang kepada negara.

Persoalannya, bagaimana belia Malaysia mampu merealisasikan aspirasi negara sekiranya hiburan mutakhir ini dijadikan sandaran. Menyedihkan lagi, mereka sekadar berbangga dengan kemerdekaan yang sudah dikecapi oleh Malaysia selama 52 tahun. Sedangkan hari ini, mereka bukannya mengahargai keringat yang ditaburkan oleh golongan terdahulu sebaliknya imej negara terus dicalarkan dipersada antarabangsa.

Oleh itu, sedarlah bahawa belia merupakan watak utama dalam memajukan sesebuah bangsa dan negara. Andai belia kini kehilangan nilai-nilai murni, gaya kepimpinan, keterampilan dan berdaya saing maka keruntuhan negara ini boleh diibaratkan seperti kemusnahan empayar Melaka. 






Khamis, 5 Mac 2009

Senyuman


senyuman itu sedekah
tapi mengapa susah
melemparkannya

senyuman itu
tanda kasih
sesama insan

kenapa sukar dihiaskan
tanpa mengira siapa
dan bila

Berkarya


aku ingin berkarya
tapi bila

aku ingin berkarya 
seperti dulu


Rabu, 4 Mac 2009

Perkhemahan Briged Bomba Upsi


Sudah lama aku tidak berkhemah. Rasanya sudah 3 tahun lamanya. Tetapi kini, aku kembali berkhemah di Kalumpang selama 3 hari pada 27, 28 Febuari hingga 1 March. Seronok sesangat mengikuti perkhemahan Briged Bomba Upsi. Apa pun, tahniah diucapkan kepada kumpulan aku yang diberi nama Al-Ithfak kerana mendapat juara keseluruhan dan kerjasama berpasukan yang baik lagi mantap.  Sedikit cebisan gambar yang sempat diambil tika berkhemah.



























Selasa, 3 Mac 2009

Fuh!!!


Letih. Bukan letih disebabkan belajar tetapi letih gelak. Mungkin anda tertanya-tanya bukan? Begini ceritanya, petang tadi, aku bersama-sama Kak Syira, Fawiz dan Adiy ingin menempah dorm dan challe untuk satu program debat yang akan diadakan pada minggu hadapan. Dorm dan challe yang akan di tempah itu bukannya jauh pun. Sungai Samak. Oleh kerana rancangan pertama untuk menaiki basikal terkandas, maka Kak Syira mengambil keputusan untuk meminjam kereta daripada rakannya dan rakan aku juga. Siapa namanya? Samuroh...  

Dalam pukul 4.00 petang, kami diberi kunci oleh tuannya dan kereta sudah disediakan bertempat di parking kereta kedai alat tulis depan KHAR. Kereta yang agak klasik dan mewah. Warnanya pula merah-merah ikan. Yang bawa kereta ini adalah...jenjejeng...Fawiz mat Kelate. Aku duduk didepan dan Kak Syira duduk dibelakang. Tengah-tengah seronok ni, tiba-tiba Fawiz berkata:

Fawiz: mana gear undur
aku: tekan la kuat skit sambil makan pau inti kelapa
Fawiz: tak leh r weii
Syira: aku da pernah naik kereta ni...time kembara alam tapi susah nak bawak.aku pun tak reti
aku: memang pun. kawan semi pun pernah cakap

Tika itu, kami memang gelak sakan. Malu pun ada. Apa tidaknya, kereta ni telah mati di tengah-tengah jalan KHAR. Semua orang melihat dan merasa pelik. Malu aku rasakan. Kami gelak lagi. sakit perut dan Fawiz berpeluh-peluh. Katanya, kereta lain aku boleh bawa tapi kenapa kereta ni susah sangat. Akhirnya, Kak Syira menelefon Samuroh empunya kereta. Kehadiran Samuroh mengajar Fawiz untuk memandu kereta. Selesai untuk mengundur kereta.

Pemanduan diteruskan oleh Fawiz ke kampus untuk mengambil Adiy yang menunggu di sana.
Sesampai di sana, kami melihat Adi dan terus memanggilnya. Hanya sekadar senyum dan ketawa melihat kereta yang dipinjam. Ingat kereta mana??? Beralih tugasan. Kini, Adiy pula yang jadi pemandu. Yang ni lagi kelakar. Start enjen kereta tak hidup. Gelak sakan lagi kami. Sampai sakit perut. Tapi akhirnya hidup juga. Kata-kata Adiy: Mana gear undur. tak dapat nak undur la...

Apa pun, pemanduan yang agak susah. Ya, benar. Kerana kereta Samuroh amat unik dan berbeza. aku rasakan, kereta ini memang serasi dengan Samuroh. Alhamdulillah, kami sampai jua ke teratak priview di Sungai Samak untuk meninjau kawasan dan menempah challe di situ.
Saya yang melaporkan berita TV Best. 

Damai


aku mahukan kedamaian
bukan kekalutan
yang mengusarkan

aku mahukan kedamaian 
yang mampu menenangkan
minda dan rasa

Isnin, 2 Mac 2009

Berlari


berlari mengejar awan
dapatkah?
persoalan...

berlari mengejar angin
mampukah?
persoalan...

berlari mengejar hujan
sediakah?
persoalan...

berlari mengejar mimpi
fantasikah?
persoalan...

berlari mengejar cinta
realitikah?
persoalan...

berlari mengejar rindu
mahukah?
persoalan...

berlari mengejar cita
tetapkah?
persoalan...

Jumaat, 27 Februari 2009

Kepala ku pusing-pusing


Kepala ku pusing-pusing. Tekak ku kering-kering. Kenapa? Kudrat ku sudah ku kuatkan. Tapi aku masih lagi merasa kesakitan. Hari ini, sakit kepala ku semakin memuncak. ku biarkan sahaja. Namun, semakin ku biar semakin melarat. Sakit kepala ku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin, sakit kepala ku yang amat sangat kembali lagi. Ya, masih ku ingat pada tahun 2005, migrain ku memuncak. Tika itu,  belajar, makan dan minum tiada berselera. 

Ya, Allah. Pada mu ku pohon agar kudiberi kekuatan dan kekentalan. Hanya padaMu ku bergantung harap dan pertolongan. Moga dengan kudrat yang ada pada hari esok, mampu ku ke kuliah dan berkhemah di Klumpang. Aku masih kuat dan gagah. 

Khamis, 26 Februari 2009

Falsafah

Kelakar dan lawak. Ya, ungkapan yang paling cocok buat ku. Apa tidaknya, kelekaan ku menyebabkan kawan ku pun turut alpa. Masih ku ingat kata ku kepada kawan ku.

Shahril : bila nak buat falsafah (mukanya agak bengis)
Aku yang poyo : relax r...lambat lagi. dua tiga hari nak hantar...kita buat r.
Sharil: ko biar betul.
Aku yang senget: betul r...senang je...

Imbaun kembali kata-kata ku yang memang tidak boleh dipakai. Kenapa? Falsafah esei berkumpulan perlu dihantar 26.Febuari.2009 tapi buatnya petang 25.Febuari.2009. Lepas habis kuliah Dr. Bat. Pukul 5 petang sudah. Malam itu, buat pula perjumpaan pada pukul 11.00 di kafe KUO. Orang lain semua tergedik-gedik masuk bilik, kami berempat, terhegeh-hegeh nak buat esei berkumpulan yang perlu dihantar esok pagi pada pukul 11.00 pagi. 

Bertungkus lumus la..aku dan 3 orang sahabat ku menyiap tugasan masing-masing. Tapi ketakutan dan kegerunan menyebabkan kami membuat tugasan yang agak cepat dan pantas. Yes!!!. Akhirnya, pada tepat jam 2.45 pagi di kafe KUO tugasan kami selesai. Atas toleransi dan hati yang bersatu padu sesama insan. 4 sahabat ini adalah aku, Samuel, Sharil dan Adnin. Sudah la buat kerja last minute tapi muka nampak tidak bersalah sahaja. Hahahahahaha.

p/s : aku tak pernah buat kerja last minute cam nie..hampir giler dibuatnya.

Rabu, 25 Februari 2009

Beban


Terbeban dan dibebani...
Aduh peritnya ku rasakan...
Hanya dia sahaja yang tahu..

Selasa, 24 Februari 2009

Ku gunting rambut


Panas!!! Kepala aku panas. Macam nak pecah saja. apa perlu aku lakukan. ya, hari ini aku perlu selesaikan maslah ini. Gunting rambut. aku sudah rimas dengan rambut ku yang panjang dan terpacak. aku perlukan sesuatu yang boleh menyejukkan kepala ku. Maka, petang itu, aku pun menyuruh kawan ku yang bernama Alim memotong rambut ku. Tanyanya kepada ku, camne nak potong?. potong no3...hehehehe. Rela hati. gembira pun ada. Rambut ku akan dipotong sependek-pendeknya.Perasaan aku ketika itu gembira. Ya, aku sudah tak larat menanggungnya.

                                                                 rambut lama

Ini ku tunjukkan rambut lama ku yang agak panjang. Hari-hari kena pakai minyak rambut dan hampir 10 minit menghadap cermin untuk mencantikkannya. Biasalah rambut kan penting.

                                                         rambut baru. botak sudah

Yang ini rambut baru aku. lawak tak?. Mesti lawak kan?. Yang penting safe bajet. Tak perlu lagi membeli minyak rambut yang mahal. Hahahahaha. satu lagi, tak perlu tengok cermin. Sebab sudah pasti rambut ku tidak kusut lagi. Bestnya rambut macam ini.



Isnin, 23 Februari 2009

Makan malam


                                            aku dapat cabutan bertuah dulang???

                                                     sijil watikan perlantikan ku

Makan malam bersama pihak pengurusan Kolej Ungku Omar. Satu pengalaman yang agak manis. Malam 22/feb/2009...aku bersama jmk Kuo lain bertolak ke hotel Felda di Trolak, Sungkai. agak jauh. Kami bertolak dari kolej ke sana dalam pukul 6.30petang. sampai pukul 7.15 malam. Agak lama duduk dalam bas. Rasa cam nak pergi Kl. Hehehe. Sampai saja di sana terus pergi solat dekat Surau. Lepas tu, tau je la kan... kita makan dulu bersama pentadbiran kolej Ungku Omar!!!! Makanan kat sana yang paling best adalah puding jagung. Sampai 2 piring aku ambil. semuanya licin. yes!!! Akhirnya, ada juga makanan yang kena dengan selera aku. Ketika itu, aku duduk bersama 3 orang jmk Kuo yang lain iaitu hairi, wan dan faizol. Banyak gila kami semua makan.Udang, ayam, salad, sup, ikan, tauhu sumbat dan macam-macam lagi. Sebenarnya, majlis itu untuk perlantikan watikah jmk Kuo sesi 2008/2009. lepas je..makan kami semua diberi watikah pelantikan jmk kuo dan juga cabutan bertuah. Yeayeaye...aku dapat cabutan bertuah. hadiah adalah...dulang air. hahahahaha. Kami semua pulang pada pukul 11 malam dan aku buat pula perjumpaan dengan budak-budak teater kerana dia orang semua nak bertanding pada 28 feb. ini di FESTIVAL TEATER UPSI 2009.

   baju yang dipakai time majlis 2
makan malam bersama pihak pengurusan Kolej Ungku Omar. satu pengalaman yang aga




Sabtu, 21 Februari 2009

Tidur


    
 bantal dan selimut tidur ku!!!

Hari ini, aku tidur lagi pada waktu siang dan senja. Tidur tanda aku letih dan tak larat lagi. Sudah ku berusaha tak mahu tidur. tapi kan daya...bantal dan tilam lebih menguasai ku. Akhirnya lepas habis sahaja kuliah briget bomba, makan, solat dan mandi...terus aku tidur. Itu lah aku. Apabila letih aku akan tidur.  Keletihan ku menyebabkan aku boleh lupa pada makanan dan mandi. Sukar aku membendung tidur ku jika aku letih...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Chaiyok-chaiyok!!!


Sememangnya hidup perlu disokong dan didokong. Tanpa mereka yang menyokong, kita tidak akan bangkit dan mungkin masih lagi ditangkuk lama. Yang pasti dorongan mampu merubah seseorang. Tidak kiralah dorongan itu berunsur negatif, namun masih lagi menuju kepada satu jalan. Kejayaan.
Buat Kak Bib dan Abg Din...hari ini aku merasakan nikmat dan kegilaan dalam dunia debat. Atas dorongan kalian. Hari ini, mungkin ku merangkak dan esok mungkin ku berjalan. Yang pasti aku inginkan kejayaan. Kata-kata kalian berdua, akan ku jadikan azimat sebagai menuju jalan kejayaan.

"Mie, ko kena buktikan pada mereka yang ko tidak lemah dan baiki kelemahan tu..."
"tambah keyakinan dan kuasai skill debat dan ilmu. chaiyok-chaiyok!"


chaiyok..chaiyok!!!

sememangnya hidup perlu disokong dan di

Jumaat, 20 Februari 2009

...Letih...


Hari ini, aku sangat letih. kenapa dan mengapa?. Kepala dan badan ku agak sakit dan kesakitan. Letih pada hari ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Selepas bangkit daripada tidur dan solat, terus ke kelas kenegaraan tapi...aku terlalu letih walaupun tidur ku lebih awal daripada biasa iaitu 2.00pagi. Pun begitu, tetap badan ku letih. kepala aku pula berdenyut-denyut walaupun masih lagi ketawa bersama rakan-rakan di dewan kuliah. Kenapa? Persoalan timbul daripada benak ku...

Apapun terjadi keletihan ini aku atasi dengan kudrat yang ada. Malam ini akan ku gagahi kaki ku ke latihan debat di KHAR dan meeting JMK KUO. Semoga kudrat yang aku ada pada malam ini mampu ku gunakan sebaik mungkin walaupun...aku letih sangat.

biarlah mereka pergi


kekuatan mengajar kita tentang erti kehidupan
yang mungkin suatu hari akan terjadi
pasti...
harus kita bertahan walaupun disindir dan diperkecil
kerana suatu hari nanti mereka akan melihat
pasti...
memang benar hidup ibarat roda
kesedihan mengatasi gembira
pasti...
jangan kita berpaling 
jika mereka pergi
pasti...
kerana hasrat murni perlu kita genggam
andai pun kita seorang
pasti...

Rabu, 18 Februari 2009

Siapa kamu



siapa kamu 
aku siapa
siapa kamu

aku siapa 
siapa kamu 
aku siapa

aku dan kamu 
siapa aku 
dan
kamu siapa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails